BDCM-B-WEEK1-TAX-M: PERLEPASAN CUKAI PERIBADI (DIKEMASKINI DARI LAMAN WEB LHDN)

Tahun Taksiran 2020 Untuk Individu

2019

2020

Bil.

Jenis Potongan Individu

Amaun (RM)

Amaun (RM)

1

Individu dan saudara tanggungan

9,000

9,000

2

Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)

ATAU

Ibu dan Bapa
- Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
- Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa

5,000 (Terhad)


ATAU


3,000 (Terhad)

5,000 (Terhad)


ATAU


3,000 (Terhad)

3

Peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya)

6,000 (Terhad)

6,000 (Terhad)

4

Individu kurang upaya

6,000

6,000

5

Yuran pengajian (Sendiri) :
i. Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
ii. Peringkat sarjana dan doktor falsafah - sebarang bidang atau kursus pengajian

7,000 (Terhad)

7,000 (Terhad)

6

Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak)

6,000 (Terhad)

6,000 (Terhad)

7

Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak). (Terhad 500)

8

Gaya hidup - Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:
i. Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);
ii. Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan);
iii. Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium; dan
iv. Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)

2500
(Terhad)

2500
(Terhad)

9

Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran)

1,000 (Terhad)

1,000 (Terhad)

10

Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Jumlah simpanan dalam tahun 2019 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2019)

8,000 (Terhad)

8,000 (Terhad)

11

Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri

4,000 (Terhad)

4,000 (Terhad)

12

Suami / Isteri kurang upaya

3,500

3,500

13

Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun

2,000

2,000

14

Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)

2,000

2,000

15

Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
i. mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institu pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau
ii. berkhidmat di bawah satu ikatanartikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; ataumengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
iii. kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

8,000

8,000

16

Anak Kurang upaya

6,000

6,000

Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

8,000

8,000

17

Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji
i. Kategori penjawat awam berpencen
Premium insurans nyawa
ii. Kategori SELAIN penjawat awam berpencen
- Premium insurans nyawa (Terhad RM3,000)
- Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (Terhad RM4,000)

7,000 (Terhad)

7,000 (Terhad)

18

Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.

3,000 (Terhad)

3,000 (Terhad)

19

Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji

3,000 (Terhad)

3,000 (Terhad)

20

Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

250 (Terhad)

250 (Terhad)

21

Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar

1,000 (Terhad)

3,000 (Terhad)

22

Perbelanjaan perubatan bagi rawatan kesuburan (Diri sendiri atau suami / isteri)

-

6,000 (Terhad)

23

Gaya hidup – Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak dan bukan untuk kegunaan perniagaan

(Pelepasan tambahan bagi perbelanjaan yang dilakukan dalam tempoh 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020)

-

2,500
(Terhad)

24

Perbelanjaan perjalanan domestik

(Perbelanjaan penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan dan bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong yang dilakukan pada atau selepas 1 Mac 2020)

-

1,000 (Terhad)

 


Comments

Popular Posts